Mindasys’s Blog

Pengenalan : Microsoft Office Project 2007

Posted by: mindasys on: 10 December 2008

Ms Office Project 2007

Ms Office Project 2007

Pengurusan projek sama ada berskala kecil, sederhana atau besar di sesebuah organisasi memerlukan penelitian dan pemantauan dari segi kos yang terhad, sumber yang ada dan masa yang ditetapkan. Bagi memudahkan para pengurus projek menyusun atur dan melihat secara keseluruhan projek tersebut maka sebuah perisian / perkakasan yang efisien dan efektif diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Oleh itu, Microsoft Office Project 2007 merupakan perisian yang pengurusan projek paling terkini dan paling ramai digunakan di seantero dunia. Pengurusan projek boleh dilaksanakan dalam situasi berikut:

  1. Projek Pembinaan  – Kejuruteraan
  2. Pembangunan Perisian / Sistem
  3. Parti Tahunan Syarikat
  4. Program Pelajar
  5. Target / Pelan  Sesebuah Organisasi / Syarikat

Paparan lebih kemas dan organik yang dipanggil stail ‘Ribbon User Interface‘ memukau dan menawan hati pengguna perisian tersebut. Mari kita lihat senarai ciri-ciri dan keistimewaan Microsoft Office Project 2007 ini :

  1. Berkupayaan untuk mengubah sendiri template projek
  2. Perubahan akan di ‘highlight‘kan bagi mengenalpasti sebarang pertukaran atau pengeditan
  3. Analisis (masa, kos dan sumber) dilakukan secara automatik atau manual boleh disetkan
  4. Data-data dalam projek boleh ditukarkan ke bentuk carta Gantt atau bentuk-bentuk carta lain sama ada dari Microsoft Office Excel atau Microsoft Office Visio
  5. Projek jadual boleh diterjemhkan dalam bentuk carta Gantt berdimensi 3D
  6. Penstrukturan dan perkongsian projek boleh diintegrasi menggunakan SharePoint Services (salah satu perkhidmatan Ms Office dalam mengintegrasikan kesemua aplikasi Ms Office 2007)

Leave a Reply