Posted by: mindasys on: 10 December 2008
Level : Beginner
Tutorial kali ini menunjukkan langkah-langkah menggunakan Ms Office Project 2007 bagi menentukan setiap tugasan berpadanan pada Timeline.
LANGKAH 1
Sila double click pada baris pertama untuk mengisi ruang pada nama tugasan. Anda juga mengisi atau mengisi ruang informasi tugasan dengan menghalakan cursor anda kepada column tertentu seperti Task Name, Duration, Start, Finish dsb.
LANGKAH 2
Taip nama tugasan yang dikehendaki pada ruangan Name. Setkan :
LANGKAH 3
Setelah informasi tugasan setiap baris diisi, paparan palang biru(durasi tugasan) + hitam (progress kerja) ditunjukkan pada Timeline.
Perhatian : Jika terdapat ikon Warning pada baris tugasan seperti pada rajah Langkah 3 (dalam bulatan merah), double click pada ikon tersebut dan pastikan tarikh mula dan tarikh tamat adalah betul pada logiknya. Contohnya, Tarikh Mula mesti sebelum Tarikh Tamat tiba.
LANGKAH 4
Rajah Langkah 4 menunjukkan palang masa pada Timeline tidak dipaparkan pada hari tidak bekerja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jika mahu menggunakan hari Sabtu / Ahad sebagai hari tugasan, palang masa tersebut boleh diedit iaitu : Pilih Tools > Options > General.
LANGKAH 5
Rajah Laangkah 5 menunujukkan garis hitam dalam palang biru. Garis hitam tersebut menunjukkan peratus penyempurnaan kerja. Ini bagi memudahkan pengurus projek melihat perkembangan setiap tugasan.