Posted by: mindasys on: 10 December 2008
Level : Intermediate
Setelah setiap tugasan telah diisi dengan maklumat lengkap pada setiap baris pada ruangan bahagian kiri, susunan pada bahagian tugasan (subtask) boleh dikumpulkan dengan tugas utama (task).
LANGKAH 1
Klik atau pilih tugasan pada baris pertama dan klik kanan pada mouse. Pilih New Task.
LANGKAH 2
Taip nama tugasan utama yang sesuai bagi tugasan berikutnya. Ini bagi mengumpulkan tugasan-tugasan kecil kepada tugasan yang lebih besar dan berfokus. Contohnya taip Fasa 1 pada ruangan Name dan abaikan pilihan / ruangan yang lain serta klik OK.
LANGKAH 3
Pilih tiga baris tugasan yang rasa difikirkan sesuai untuk dikumpulkan sebagai dalam satu fasa. Klik kanan mouse dan pilih Indent.
LANGKAH 4
Rajah Langkah 4 menunjukkan Task Fasa 1 telah menumpulkan 3 tugasan berikutnya dalam satu kumpulan dan berdirektori. Pada palang masa Timeline kelihatan palang hitam besar seperti pada garisan merah sebelah kanan rajah, palang tersebut menunjukkan palang masa bagi Fasa 1.
LANGKAH 5
Sila ulangi langkah 4 pada setiap baris tugasan. Ini bagi memudahkan pengurus projek melihat secara keseluruhan jangka masa sesebuah projek.
LANGKAH 6
Rajah Langkah 6 menunjukkan setiap Fasa siap didirektori pada setiap tugasan.
Pada tutorial akan datang, anda akan ditunjukkan pembelajaran tutorial yang lebih mendalam termasuklah mengatur bajet kewangan, mereka bentuk carta Gantt dsb.