
Ms Office Project 2007
Pengurusan projek sama ada berskala kecil, sederhana atau besar di sesebuah organisasi memerlukan penelitian dan pemantauan dari segi kos yang terhad, sumber yang ada dan masa yang ditetapkan. Bagi memudahkan para pengurus projek menyusun atur dan melihat secara keseluruhan projek tersebut maka sebuah perisian / perkakasan yang efisien dan efektif diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut.
Oleh itu, Microsoft Office Project 2007 merupakan perisian yang pengurusan projek paling terkini dan paling ramai digunakan di seantero dunia. Pengurusan projek boleh dilaksanakan dalam situasi berikut:
Paparan lebih kemas dan organik yang dipanggil stail ‘Ribbon User Interface‘ memukau dan menawan hati pengguna perisian tersebut. Mari kita lihat senarai ciri-ciri dan keistimewaan Microsoft Office Project 2007 ini :
Berkupayaan untuk mengubah sendiri template projek
Perubahan akan di ‘highlight‘kan bagi mengenalpasti sebarang pertukaran atau pengeditan
Analisis (masa, kos dan sumber) dilakukan secara automatik atau manual boleh disetkan
Data-data dalam projek boleh ditukarkan ke bentuk carta Gantt atau bentuk-bentuk carta lain sama ada dari Microsoft Office Excel atau Microsoft Office Visio
Projek jadual boleh diterjemhkan dalam bentuk carta Gantt berdimensi 3D
Penstrukturan dan perkongsian projek boleh diintegrasi menggunakan SharePoint Services (salah satu perkhidmatan Ms Office dalam mengintegrasikan kesemua aplikasi Ms Office 2007).
___________________________________________________________
Microsoft Access 2007 merupakan sistem pengurusan pangkalan data yang efisien dan berfungsi pada persekitaran Windows. Perisian dari Microsoft ini membenarkan data disimpan, dimanipulasi dan diproses dalam satu entiti yang berasingan (table).
Antara ciri-ciri asas yang ada dalam Microsoft Access 2007 adalah:
Data Entri dan Kemaskini : Mekanisma pengurusan data sama ada tambah data, ubah / edit data dan hapus data.
Query (Pertanyaan) : Mekanisma pertanyaan dalam mengeluarkan hasil atau output yang tepat dari pangkalan data.
Forms (Borang) : Mekanisme antara muka yang memaparkan data pada bentuk yang mudah difahami.
Laporan : Mekanisma menghasilkan laporan mengikut pertanyaan (query) yang dilaksanakan.
Sokongan pada Pelayar Web : Mekanisma pengurusan data yang boleh dipaparkan pada pelayar web.
Apakah Pangkalan Data ?
Sebelum anda mempelajari menggunakan Ms Access 2007, fahami dulu konsep pangkalan data tersebut. Pangkalan Data bermaksud koleksi data yang direkodkan dan tersusun di mana wujud mekanisma untuk mendapatkan, mengedit, mengemaskini, dan menghapus data-data tersebut.
Ciri-ciri Utama dalam Sebuah Pangkalan Data
Istilah-istilah yang digunakan pada rajah di atas akan kerap digunakan dalam pembelajaran sepanjang tutorial di dalam blog ini.
Nama Pangkalan Data : Student
Nama Table : Student List
Fields : Data pada setiap cell / ruang pada Table tersebut contohnya : Camelia
Row : Baris melintang pada setiap Table, contohnya : Bakar, Daniel, Bdaniel@yahoo.com, 0132452551
Column : Baris menegak contohnya : Business Phone Column