Mindasys’s Blog

Tutorial: Menghasilkan Lakaran Digital ala Artistik

Posted on: 4 December 2008

Lakaran Artistik boleh dilakukan dengan memanipulasi elemen cat air, berus digital, penggunaan pastel dan sebagainya. Tutorial berikut merupakan langkah mudah untuk menjadikan imej / grafik lebih artistik dan menarik.

Imej Kereta

Imej Kereta

Perhatian: Pastikan penggunaan resolusi pada imej adalah rendah iaitu di bawah < 100ppi. Ini bagi memudahkan proses pengeditan dan penurasan (filter) pada imej lebih cepat.

Setting resolution

Langkah 1

LANGKAH 1

Buka mana-mana fail imej yang anda hendak edit contohnya kereta, pemandangan, wajah seseorang dang dsb. Edit nilai imej digital anda seperti pada rajah Langkah 1. Pilih menu Image > Image Size. Pada tetingkap resolusi, Setkan nilai resolusi pada 72ppi.

Langkah 2

Langkah 2

LANGKAH 2

Klik pada Layers dan klik kanan pada mouse untuk memilih Duplicate Layer. Ini bagi mendapat dua lapisan pada imej tersebut. Taipkan nama Cat Edit (atau apa-apa nama yang anda rasa sesuai) pada nama lapisan Duplicate tersebut.

LANGKAH 3

Langkah 3

LANGKAH 3

Klik pada ruangan ‘mata’ di sebelah kiri palet bernama Cat Edit tadi. Ini bagi menghilangkan sementara pandangan imej tersebut. Klik pada background palet untuk mengaktifkannya di ruangan utama editor.

Langkah 4

Langkah 4

Langkah 4-1

Langkah 4-1

LANGKAH 4

Pilih menu Filter > Artistic > Dry Brush. Paparan Dry Brush muncul dan setkan nilai baru bagi Brush Size iaitu taipkan 10, Brush Detail : 2 dan Texture : 1. Klik OK.

Langkah 5

Langkah 5

LANGKAH 5

Pilih menu Filter > Blur > Smart Blur. Setkan nilai baru pada Radius : 9, Threshold : 10 dan pilih Quality : High dan Mode : Normal.

Langkah 6

Langkah 6

LANGKAH 6

Kembali kepada tetingkap Layers di sebalah bawah kanan anda. Klik pada palet Cat Edit untuk mengaktifkan ikon ‘mata’.

Langkah 7

Langkah 7

LANGKAH 7

Pilih menu Image > Adjusments > Desaturate  atau Shorcut key (Ctrl + Shift + U) untuk menghilangkan warna pada imej tersebut.

Langkah 9

Langkah 8

LANGKAH 8

Pilih menu Filter > Blur > Smart Blur. Setkan nilai baru pada Radius : 30, Threshold : 40. Pilih Quality : High dan Mode : Edge Only.

Langkah 9

Langkah 9

LANGKAH 9

Lapisan bernama Cat Edit kini bertukar menjadi lakaran hitam putih.

Langkah 10

Langkah 10

LANGKAH 10

Tekan kekunci Ctrl dan kekunci i untuk menghasilkan kesan songsang (inverse) seperti rajah Langkah 10.

Langkah 11

Langkah 11

LANGKAH 11

Kembali pada tetingkap Layers. Klik pada palet Cat Edit dan klik kanan pada mouse dan pilih Blending Options. Pilih Multiply pada Blend mode.

Langkah 12

Langkah 12

LANGKAH 12

Klik pada palet Background dan klik kanan pada palet tersebut. Pilih Duplicate Layer dan nama lapisan baru kepada Paint. Klik OK.

Langkah 13

Langkah 13

LANGKAH 13

Klik pada lapisan Paint tadi dan klik pada ikon Layer Mask di bawah. Lihat rajah Langkah 13.

Langkah 14

Langkah 14

LANGKAH 14

Pilih menu Edit > Fill untuk mewarnakan keseluruhan Layer Mask tersebut dengan warna hitam. Pada ruangn Contens > Use dan pilih Black. Klik OK.

LANGKAH 15

Lapisan pada imej menunjukkan imej garisan menjadi warna hitam.

Langkah 16

Langkah 16

LANGKAH 16

Pilih Brush bersesuaian (mengikut citarasa anda) sebelum lakaran dilakukan.

LANGKAH 17

Gunakan Brush digital tersebut pada mana-mana bahagian untuk mendapatkan perubahan. Perhatikan perubahan yang dilakukan. Teruskan melakar sehingga mendapat imej lakaran artistik yang dikehendaki.

LANGKAH 18

Pilih Layer > New Adjustment Layer > Curve. Satu palet terbentuk pada tetingkap Layers. Di sinilah kita boleh mengubah variasi warna artistik dengan mudah.

Langkah 19

Langkah 19

LANGKAH 19

Inilah hasilnya. Anda boleh mengubah variasi penggunaan Blur untuk mendapat kreativiti yang dikehendaki. Selamat mencuba😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: