Mindasys’s Blog

Tutorial 1 : Mencipta Sebuah Table dari Sebuah Pangkalan Data

Posted on: 13 December 2008

Level : Beginner

Dalam sebuah pangkalan mungkin terdapat beberapa Table yang menguruskan setiap data mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Contohnya:

Pangkalan Data : Fakulti

Table : Senarai Pelajar, Subjek, Senarai Pensyarah, Senarai Staf Bukan Akademik dsb.

Berikut merupakan langkah-langkah asas dalam mencipta sebuah table dalam pangkalan data.

Langkah 1

Langkah 1

LANGKAH 1

Klik pada ikon Blank Database pada ruangan New Blank Database dan taip nama pangkalan data (Contoh : Fakulti). Klik Create.

Langkah 2

Langkah 2

LANGKAH 2

Setelah sebuah pangkalan data dicipta dan dinamakan, Ms Access 2007 akan memaparkan tetingkap utama Table pada pangkalan data tersebut. Untuk menamakan Table tersebut, klik kanan pada ikon Table 1 : Table.

Langkah 3

Langkah 3

LANGKAH 3

Taipkan (contoh : Senarai Pelajar) pada tetingkap tersebut dan klik OK. Ini bagi memudahkan Table yang dinamakan dapat diasingkan mengikut fungsi yang dikehendaki.

Langkah 4

Langkah 4

LANGKAH 4

Tetingkap Design View bagi Table tersebut akan dipaparkan. Di sinilah Fields akan dinamakan dengan mengisi segala info untuk Table tersebut. Info berkaitan :

  1. Nama Fields : Nama baris menegak (Column) pada Table.
  2. Data Types : Jenis data yang diumpukkan pada setiap Column.
  3. Description : Penerangan secara ringkas bagi setiap Column.
Langkah 5

Langkah 5

LANGKAH 5

Taipkan setiap Fields, Data Type dan Description mengikut kehendak anda. Pastikan baris melintang (Row) pertama adalah Primary Key.

Primary Key adalah data utama yang unik dan boleh dijadikan panduan pada data yang lain (data yang berkaitan) pada setiap Row.

Langkah 6

Langkah 6

*Klik pada Rajah untuk melihat dengan lebih jelas

LANGKAH 6

Pastikan Data Type / Jenis Data pada setiap Fields adalah logik dan tepat. Contohnya :

  • ID Pelajar : Data Type – AutoNumber (nombor automatik dijana oleh perisian)
  • No Matrik : Data Type – Number (nombor dari 1-9 dan kombinasi nombor tersebut)
  • Nama Pelajar : Data Type – Text (aksara atau abjad atau kombinasi aksara, nombor dan abjad)
  • Tarikh Mendaftar : Data Type – Date / Time (data berformat masa atau tarikh)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: