Mindasys’s Blog

Articles

Pengenalan : Microsoft Office Project 2007

Ms Office Project 2007

Ms Office Project 2007

Pengurusan projek sama ada berskala kecil, sederhana atau besar di sesebuah organisasi memerlukan penelitian dan pemantauan dari segi kos yang terhad, sumber yang ada dan masa yang ditetapkan. Bagi memudahkan para pengurus projek menyusun atur dan melihat secara keseluruhan projek tersebut maka sebuah perisian / perkakasan yang efisien dan efektif diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Oleh itu, Microsoft Office Project 2007 merupakan perisian yang pengurusan projek paling terkini dan paling ramai digunakan di seantero dunia. Pengurusan projek boleh dilaksanakan dalam situasi berikut:

  1. Projek Pembinaan  – Kejuruteraan
  2. Pembangunan Perisian / Sistem
  3. Parti Tahunan Syarikat
  4. Program Pelajar
  5. Target / Pelan  Sesebuah Organisasi / Syarikat

Paparan lebih kemas dan organik yang dipanggil stail ‘Ribbon User Interface‘ memukau dan menawan hati pengguna perisian tersebut. Mari kita lihat senarai ciri-ciri dan keistimewaan Microsoft Office Project 2007 ini :

  1. Berkupayaan untuk mengubah sendiri template projek

  2. Perubahan akan di ‘highlight‘kan bagi mengenalpasti sebarang pertukaran atau pengeditan

  3. Analisis (masa, kos dan sumber) dilakukan secara automatik atau manual boleh disetkan

  4. Data-data dalam projek boleh ditukarkan ke bentuk carta Gantt atau bentuk-bentuk carta lain sama ada dari Microsoft Office Excel atau Microsoft Office Visio

  5. Projek jadual boleh diterjemhkan dalam bentuk carta Gantt berdimensi 3D

  6. Penstrukturan dan perkongsian projek boleh diintegrasi menggunakan SharePoint Services (salah satu perkhidmatan Ms Office dalam mengintegrasikan kesemua aplikasi Ms Office 2007).

___________________________________________________________

Pengenalan : Microsoft Access 2007

Microsoft Access 2007 merupakan sistem pengurusan pangkalan data yang efisien dan berfungsi pada persekitaran Windows. Perisian dari Microsoft ini membenarkan data disimpan, dimanipulasi dan diproses dalam satu entiti yang berasingan (table).

Antara ciri-ciri asas yang ada dalam Microsoft Access 2007 adalah:

  1. Data Entri dan Kemaskini : Mekanisma pengurusan data sama ada tambah data, ubah / edit data dan hapus data.

  2. Query (Pertanyaan) : Mekanisma pertanyaan dalam mengeluarkan hasil atau output yang tepat dari pangkalan data.

  3. Forms (Borang) : Mekanisme antara muka yang memaparkan data pada bentuk yang mudah difahami.

  4. Laporan : Mekanisma menghasilkan laporan mengikut pertanyaan (query) yang dilaksanakan.

  5. Sokongan pada Pelayar Web : Mekanisma pengurusan data yang boleh dipaparkan pada pelayar web.

Apakah Pangkalan Data ?

Sebelum anda mempelajari menggunakan Ms Access 2007, fahami dulu konsep pangkalan data tersebut. Pangkalan Data bermaksud koleksi data yang direkodkan dan tersusun di mana wujud mekanisma untuk mendapatkan, mengedit, mengemaskini, dan menghapus data-data tersebut.

Ciri-ciri Utama dalam Sebuah Pangkalan Data

Rajah sebuah Table dalam Ms Access 2007

Rajah sebuah Table dalam Ms Access 2007

Istilah-istilah yang digunakan pada rajah di atas akan kerap digunakan dalam pembelajaran sepanjang tutorial di dalam blog ini.

Nama Pangkalan Data : Student

Nama Table : Student List

Fields : Data pada setiap cell / ruang pada Table tersebut contohnya : Camelia

Row : Baris melintang pada setiap Table, contohnya : Bakar, Daniel, Bdaniel@yahoo.com, 0132452551

Column : Baris menegak contohnya : Business Phone Column

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: